Tabriz Carpets Pte Ltd menawarkan pelbagai permaidani dan khidmat mencuci dan membaiki permaidani menjelang Hari Raya Aidilfitri 2024 ini, dengan diskaun tambahan sebanyak 15 peratus kepada pengikut media sosialnya.
“Tahun ini, kami membawa kepelbagaian. Reka bentuk moden dan geometri untuk golongan muda yang sukakan kesederhanaan dan juga reka bentuk bunga klasik,” kata pemiliknya, Encik Faramarz Neamati.





