Sekolah-sekolah, dengan bantuan Kementerian Pendidikan (MOE) boleh membentuk kumpulan guru untuk menyampaikan pelajaran jika perlu, terutama jika ada yang menganggap sesetengah topik bercanggah dengan kepercayaan dan pandangan peribadi mereka, kata Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing.
Beliau berkata demikian dalam satu wawancara bersama SPH Media dan Mediacorp pada 25 Februari, menyusuli keprihatinan yang diluahkan pihak awam berhubung pelajaran Pendidikan Perwatakan...





