Kementerian Pendidikan (MOE) akan terus mengemas kini bahan pengajaran bagi Pendidikan Perwatakan dan Kewarganegaraan (CCE) berhubung konflik Israel-Hamas berdasarkan perkembangan dan maklumat terbaru, kata Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing.
Kementerian tersebut juga akan mengembangkan kaedah pengajaran dengan mengambil maklum balas daripada pihak berkepentingan, kata beliau dalam satu wawancara khas dengan SPH Media dan Mediacorp di ibu pejabat kementerian tersebut...





