Peminat badminton, khususnya mereka yang menetap di GRC East Coast, kini tidak lagi perlu risau jika gelanggang badminton di estet kejiranan mereka ‘habis’ ditempah.
Sebuah kemudahan baru – yang mampu menempatkan 25 gelanggang badminton serba lengkap – oleh Dewan Badminton Singapura (SBH) telah dilancarkan di Singapore Expo pada 24 Februari.





