PADANG BESAR (Perlis): Sepasukan polis menemui sejumlah 98.3 kilogram (kg) dadah jenis syabu dianggarkan bernilai lebih RM3.2 juta ($900,000) dalam lima bungkusan plastik ‘misteri’ berwarna hitam yang ditinggalkan di laluan keselamatan PB19 Padang Besar, Perlis, pada 19 Februari lalu.
Kejadian berlaku kira-kira 3 pagi ketika sepasukan polis terdiri daripada seorang pegawai dan lapan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 3...





