Dalam tempoh 30 tahun akan datang, beberapa masjid dan madrasah di Singapura akan menghadapi pembaharuan pajakan tanah dan memerlukan perbelanjaan modal yang besar melebihi apa yang boleh disediakan oleh Dana Pembinaan Masjid dan Mendaki (MBMF) serta derma orang ramai.
Dalam hal ini, mekanisme pembiayaan jangka panjang yang lebih mampan dalam masyarakat Melayu/Islam di Singapura amat diperlukan untuk memastikan institusi agama...





