Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, telah mengarahkan Pejabat Pofma (Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi dalam Talian) supaya mengeluarkan Arahan Pembetulan kepada Setiausaha Agung Parti Demokratik Singapura (SDP), Dr Chee Soon Juan, dan TikTok Pte Ltd.
Arahan itu dibuat berhubung kiriman media sosial yang diterbitkan pada 17 Februari yang mengandungi kenyataan palsu dan mengelirukan mengenai dasar perumahan awam.





