Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang memantau seorang lelaki yang mendakwa dirinya warganegara Maghribi dan mempunyai jalur keturunan Nabi Muhammad saw serta pengikutnya.
Ini selepas beberapa laporan diterbit akhbar Malaysia, Harian Metro (HM) baru-baru ini, mendedahkan seorang mudir dari sebuah madrasah di Selangor yang didakwa mempromosikan lelaki itu dikenali sebagai ‘Mawla Mohamed Amin al-Hassani’ bagi urusan mengutip dana awam...





