Singapura akan melabur sehingga $100 juta untuk naik taraf rangkaian jalur lebar negara kepada 10Gbps (gigabit per saat), satu langkah yang membolehkan isi rumah mengakses 10 kali ganda kelajuan rangkaian jalur lebar sedia ada.
Mengumumkan demikian kepada media pada 21 Februari, Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo, berkata kerja naik taraf itu bertujuan untuk negara bersiap sedia menghadapi pertumbuhan...





