JEMPOL (Negeri Sembilan): Kegembiraan sebuah keluarga mandi-manda di pusat rekreasi di Batu Kikir, Jempol, Negeri Sembilan, bertukar duka selepas kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut dihempap pokok yang tumbang.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook, berkata dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari 20 Februari itu, kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun, yang juga kakak mangsa, turut mengalami kecederaan.





