Perkongsian terkini mengenai perkembangan kesihatan mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, di laman sosial rasminya menafikan dakwaan bahawa beliau dalam keadaan kritikal seperti yang tular di laman sosial.
Dalam hantaran pada 20 Februari itu, turut dikongsikan gambar tokoh negarawan berusia 98 tahun itu sedang duduk membaca surat khabar di wad di Institut Jantung Negara (IJN), selepas dimasukkan ke...





