NEW YORK: Amerika Syarikat telah mencadangkan draf saingan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang menggesa gencatan senjata sementara dalam perang Israel-Hamas, dan menentang sebarang serangan darat besar-besaran oleh sekutunya, Israel, di Rafah, menurut teks yang dilihat agensi berita Reuters.
Langkah itu dibuat selepas Amerika memberi isyarat akan menggunakan kuasa veto pada 20 Februari terhadap ketetapan yang disaran Algeria...





