Pendapatan yang dikutip bagi tahun kewangan 2023 adalah lebih baik daripada jangkaan, terutamanya disebabkan hasil cukai pendapatan korporat yang lebih tinggi, kata Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong.
Pada tahun kewangan 2023, perniagaan membayar lebih banyak dalam cukai pendapatan korporat – $28.4 bilion, atau $4.1 bilion lebih tinggi daripada yang dianggarkan – disebabkan pertumbuhan ekonomi pada 2022...





