Keluarga yang layak dan memerlukan perumahan sementara menantikan flat Bina Ikut Tempahan (BTO) mereka siap, akan menerima Baucar Skim Perumahan Sementara Keibubapaan (Pasaran Terbuka) selama setahun.
Ini akan membantu mereka menyewa flat dalam pasaran terbuka, kata Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, dalam Belanjawan 2024 di Parlimen pada 16 Februari.





