Demi menyokong keluarga di setiap peringkat kehidupan, pemerintah akan memperkenal beberapa bantuan tambahan seperti pengurangan had yuran bulanan di prasekolah yang disokong oleh pemerintah dan Baucar Skim Perumahan Sementara Keibubapaan (Pasaran Terbuka).
Di samping itu, pakej kemajuan ComLink+ juga akan diperkenalkan untuk menyokong keluarga berpendapatan rendah dengan anak kecil supaya dapat meningkatkan pendidikan prasekolah anak mereka, meraih kestabilan dari segi...





