Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, telah menghubungi Menteri Pertahanan Indonesia, Encik Prabowo Subianto, dan mengucapkan tahniah atas prestasi cemerlangnya dalam Pilihan Raya Presiden Indonesia pada 14 Februari.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 15 Februari oleh Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, kedua-dua pemimpin telah membincangkan keadaan hubungan dua hala yang sangat baik, dan bersetuju tentang kepentingan mengenal pasti bidang kerjasama...





