JAKARTA: Menteri Pertahanan Indonesia, Encik Prabowo Subianto, telah mengisytiharkan kemenangan dalam pilihan raya presiden negara itu, selepas pengiraan undi tidak rasmi menunjukkan beliau mendahului pesaingnya.
Mantan ketua pasukan tentera khas dan berusia 72 tahun itu, yang gagal dalam dua pilihan raya sebelum ini, memperolehi kira-kira 58 peratus undi, menurut empat pemeriksa undi, berdasarkan sampel undian kiraan pantas di tempat mengundi...





