JAKARTA: Tercapai juga kemenangan akhirnya bagi Encik Prabowo Subianto, selepas keputusan kiraan pantas tidak rasmi dalam pilihan raya 14 Februari menunjukkan beliau memenangi jawatan presiden Indonesia dengan hampir 60 peratus undian.
Pada usia 72 tahun, Encik Prabowo adalah calon tertua dalam persaingan itu, percubaan ketiganya bagi jawatan presiden, selepas dua kali gagal menentang Presiden Joko Widodo, pada 2014 dan 2019.





