Siasatan polis terhadap laporan yang diterima mengenai dua acara pada 2 Februari tidak bermaksud menghalang sesiapa daripada melahirkan keprihatinan mereka, atau melahirkan pandangan mengenai konflik Israel dengan Hamas, kata Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo.
Menyatakan demikian dalam catatan Facebook pada 13 Februari, Cik Teo berkata terdapat cara untuk melakukannya yang tidak melanggar undang-undang atau menyebabkan perbalahan dalam masyarakat.





