Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong pada 8 Februari telah melahirkan takziahnya di atas kematian bekas presiden Chile, Encik Sebastian Pinera.
“Encik Pinera memimpin Chile semasa beberapa masa sukar. Pengurusannya yang bijak semasa Covid-19 membantu Chile mengurangkan kesan pandemik dan mengekalkan kestabilan dalam sektor penting ekonomi,” kata Encik Lee dalam sepucuk surat yang disampaikan pejabatnya kepada Presiden Chile, Encik Gabriel...





