WASHINGTON: Sedang jawatankuasa Senat Amerika Syarikat menyiasat usul penggabungan antara Jelajah PGA dengan LIV Golf, pegawai bank dan konsultan yang menasihati Dana Pelaburan Awam (PIF) Arab Saudi, memberi keterangan bahawa mereka berdepan “hukuman jenayah dan kewangan” jika mereka memberi kerjasama dalam siasatan itu.
PIF ialah dana kekayaan Arab Saudi yang membiayai LIV Golf.





