Sebuah kediaman sementara akan dibangunkan untuk menyokong belia berumur 10-19 tahun yang mempunyai risiko membunuh diri atau mencederakan diri sendiri, kata Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-undang), Cik Rahayu Mahzam.
Berucap di Parlimen pada 7 Februari, Cik Rahayu berkata kemudahan itu akan menyediakan persekitaran yang selamat untuk belia, termasuk mereka yang mungkin juga menghadapi kesukaran dengan kerja sekolah dan dibuli.





