LONDON: Raja Charles telah disahkan menghidap barah dan sudah pun menerima rawatan yang akan menghalangnya daripada menjalankan tugas awam dalam masa terdekat, demikian diumumkan oleh Istana Buckingham.
Walaupun tiada butiran lanjut tentang jenis barah yang dihidapinya, Istana Buckingham berkata ia bukan barah prostat.





