Agensi Bantuan dan Kerja Menyelamat PBB bagi pelarian Palestin (UNRWA) yang merupakan agensi kemanusiaan utama di Gaza, kini menghadapi krisis pembiayaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini selepas penderma antarabangsa utamanya yang diketuai oleh Amerika Syarikat memotong pembiayaannya kerana didakwa melakukan “keganasan”.
Ketua UNRWA, Encik Philippe Lazzarini, menyifatkan langkah untuk menggantung pembiayaan itu sebagai “hukuman kolektif tambahan” terhadap rakyat Palestin...





