Pengunjung dinasihatkan supaya tidak berenang di pantai Pasir Ris dan Sembawang Park kerana paras bakteria Enterococcus yang tinggi, yang apabila tertelan, boleh meningkatkan risiko jangkitan pada usus.
Aktiviti sukan air lain seperti sukan papan luncur air, luncur angin dan latihan melibatkan perbuatan berendam juga tidak dinasihatkan atas sebab yang sama, kata Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) pada 5 Februari.





