Sumbangan Najib Tun Razak kepada negara sebagai mantan Perdana Menteri Keenam Malaysia menjadi antara asas Lembaga Pengampunan memutuskan pengurangan hukuman penjara dan denda terhadapnya.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata keputusan itu adalah hak Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Sultan Abdullah Ahmad Shah (kini mantan), mengikut peruntukan Perlembagaan selepas mengambil kira inti pati perbincangan dan kaedah yang diperincikan dalam...





