Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan menggandakan bekalan flat yang disediakan di bawah Skim Perumahan Sementara Keibubapaan (PPHS), daripada 2,000 flat pada masa ini kepada 4,000 flat menjelang 2025.
Flat kosong di Tanglin Halt yang dikenal pasti untuk Skim Pembangunan Semula Yang Terpilih Secara Berkelompok (Sers) akan membentuk sebahagian besar daripada bekalan PPHS tambahan itu.





