Satu memorandum persefahaman (MOU) telah ditandatangani antara Singapura dengan Indonesia untuk memperdalam kerjasama dua hala bagi memanfaatkan penyelesaian digital dan memupuk inovasi digital, kata Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) pada 1 Februari.
Perjanjian itu ditandatangani oleh Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo, dan Menteri Komunikasi dan Informatik Indonesia, Encik Budi Arie Setiadi, di luar Mesyuarat Menteri Digital Asean (ADGMIN)...





