NEW YORK: Kira-kira 70 majlis bandaran di Amerika Syarikat telah meluluskan resolusi mengenai perang Israel-Hamas dengan kebanyakannya menggesa gencatan senjata.
Analisis Reuters terhadap data majlis-majlis bandaran menunjukkan, mereka meletakkan lebih tekanan kepada Presiden Joe Biden supaya menamatkan pertempuran menjelang pilihan raya umum pada November.





