IPOH: Tiga anggota Polis Trafik ditahan reman tiga hari mulai 30 Januari bagi siasatan berhubung perbuatan meminta wang daripada pasangan pelancong warga Britain untuk menyelesaikan saman trafik baru-baru ini.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata tiga anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak yang ditahan itu berusia antara 37 dengan 42...





