JALURAN GAZA: Bukan saja yang hidup, malah mereka yang telah meninggal dunia juga tidak terlepas daripada perang Hamas-Israel di Gaza, dengan mayat digali oleh tentera Israel dan pengebumian tergesa-gesa berlaku di hospital dan juga sekolah.
Di daerah Al-Tuffah, Bandar Gaza, jenazah-jenazah warga Palestin yang telah dikafankan, digali semula dan dibiarkan di atas tanah berlumpur.





