KUALA LUMPUR: Seorang pegawai polis wanita berpangkat sarjan membuat pengakuan tidak bersalah atas tuduhan menerima rasuah RM3,000 ($849.82) daripada seorang lelaki yang mahu mengelakkan anaknya dikenakan tindakan berkaitan satu kes cabul.
Nur Mastisha Maidinsha, 39 tahun, membuat pengakuan itu pada 29 Januari selepas tuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim, Cik Azura Alwi, di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.





