DUNGUN (Terengganu): Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Itulah peribahasa menggambarkan nasib lapan sekeluarga apabila sebahagian besar struktur rumah mereka di Kampung Shukor, Hulu Dungun, Terengganu, runtuh akibat banjir luar biasa pada 25 Januari lalu.
Cik Jalina Abdullah, 42 tahun, bersama suami, lima anak serta ibunya antara penduduk di kampung berkenaan yang kediaman mereka terjejas teruk.





