KUALA LUMPUR: Mantan Menteri Kewangan Malaysia, Tun Daim Zainuddin, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen pada pagi 29 Januari atas tuduhan gagal mematuhi notis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan tidak mengisytiharkan 70 aset dan satu akaun bank.
Daim, 85 tahun, atau nama sebenarnya Che Abdul Daim Zainuddin kelihatan tenang dan hanya menjawab, “faham” dan “minta bicara” selepas tuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa...





