Hubungan dua hala Singapura dengan Laos sentiasa cemerlang sedang kededua negara ini menyambut ulang tahun diplomatiknya yang ke-50, kata Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan.
Menyatakan demikian semasa bertemu media Singapura, sempena lawatannya ke Laos, Dr Balakrishnan juga berkata ia merupakan masa yang sesuai untuk “bertemu, mengkaji semula hubungan dua hala kededua negara serta merancang arah jalan masa hadapan”.





