KUALA LUMPUR: Peminat Puteri Sarah Liyana kecewa melihat pelakon itu menyedut rokok elektronik (vape) ketika muncul dalam satu siaran secara langsung di TikTok.
Video yang tular itu menunjukkan Puteri Sarah menghisap vape beberapa kali dan menghembus asap pada skrin telefon semasa membuat ‘live’ di TikTok bersembang mengenai isu pecah amanah.





