Singapura dan Brunei akan menimbangkan mempercepatkan usaha meneroka projek inovatif dan saling memanfaatkan dalam ekonomi hijau seperti tenaga boleh diperbaharui, industri akuakultur dan kewangan digital, kata Presiden Tharman Shanmugaratnam pada 25 Januari.
Ini sedang kededua negara meluaskan kerjasama dua hala ke bidang-bidang baru, menurut beliau semasa berucap di Majlis Jamuan Negara di Istana Nurul Iman, atas undangan Sultan Hassanal Bolkiah...





