JAKARTA: Pejabat Badan Pengurusan Bencana Wilayah (BPBD) Jambi melaporkan bahawa banjir di wilayah itu, yang berpunca daripada hujan lebat baru-baru ini, merosakkan 2,570 hektar tanah pertanian dan menyebabkan dua penduduk maut.
Banjir kilat itu turut mencetuskan tanah runtuh di daerah Kerinci, Bungo, Tebo, Batanghari, Merangin, dan Kota Sungai Penuh, kata Ketua Ehwal Kecemasan agensi itu, Encik Lailatuh Qodri.





