Persatuan Pengguna Singapura (Case) memberi amaran kepada orang ramai tentang sebuah salun kecantikan di Parklane Shopping Mall, selepas menerima aduan selama dua tahun mengenai mutu perkhidmatan kurang baik dan kesukaran pelanggan melakukan janji temu.
Pada 2022 dan 2023, sebanyak 89 kes aduan dibuat terhadap salun kecantikan, Diva Lash & Nails, yang terletak di tingkat dua pusat beli-belah di Selegie Road...





