JOHOR BAHRU: Dua lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalam pemerdagangan manusia dalam satu serbuan di dua rumah di Taman Abad dan Taman Century di sini.
Ketua Polis Johor, Pesuruhjaya Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata polis juga menyelamatkan empat warga kurang upaya China, yang dipaksa sindiket itu mengemis wang di sekitar pusat bandar.





