Dua kakitangan daripada pasukan perubatan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang dihantar ke Mesir telah mula merawat mangsa peperangan di Gaza, kata Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam satu kenyataan media pada 22 Januari.
Pasangan itu - Leftenan Kolonel (Dr) Nazirul Hannan Abdul Aziz, pakar dalam perubatan kecemasan dan Pakar Tentera 3 (ME3) Jimmy Woo Ying Ming, pakar perubatan tentera dengan pengkhususan jururawat...





