WASHINGTON/BAGHDAD: Serangan peluru berpandu ke atas Iraq, Lebanon, Syria dan Yaman pada 20 Januari telah menambahkan risiko perang di Gaza merebak menjadi konflik serantau lebih luas melibatkan Iran dan sekutunya memerangi Israel dan Amerika Syarikat.
Iran berkata lima anggota daripada pasukan Pengawal Revolusinya terbunuh dalam satu serangan peluru berpandu ke atas sebuah rumah di Damsyik dan menyalahkan Israel melakukan serangan...





