Proses untuk menempatkan semula 414 penyewa flat sewa di Toa Payoh yang bermula pada 2021 memerlukan perancangan terperinci dan penyelarasan rapat dalam kalangan beberapa agensi perkhidmatan awam dan sosial, memandangkan ramai penghuni adalah warga emas yang sudah lama menetap di flat sewa mereka.
Sehubungan itu, satu pasukan yang terdiri daripada pegawai Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan wakil daripada pelbagai...





