Penduduk di kawasan barat laut Singapura yang menghadapi masalah guaman tetapi sukar berjalan jauh atau tidak faham teknologi, kini boleh mendapatkan bantuan di pusat guaman baru Perkhidmatan Guaman Pro Bono Singapura (Pro Bono SG) yang dibuka secara rasmi pada 19 Januari.
Pusat guaman masyarakat itu, yang terletak di Blok 547 Woodlands Drive 16, adalah yang kedua dibuka Pro Bono SG.





