WASHINGTON: “Tiada cara” untuk menyelesaikan cabaran keselamatan jangka panjang Israel di Timur Tengah dan cabaran jangka pendek untuk membina semula Gaza tanpa penubuhan satu negara Palestin, kata jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Encik Matthew Miller, pada 18 Januari.
Beliau memberitahu pemberita bahawa Tel Aviv mempunyai peluang sekarang kerana negara-negara di rantau itu bersedia memberi jaminan keselamatan kepada Israel.





