DUBAI/BAGHDAD: Pakistan mendakwa Iran melancarkan serangan udara dengan menceroboh ruang udara wilayahnya, menyebabkan dua kanak-kanak terkorban. Serangan itu berlaku selepas Tehran melancarkan serangan di Iraq dan Syria terhadap apa yang dipanggil ‘kumpulan pengganas anti-Iran’.
Serangan peluru berpandu Iran terhadap sasaran di utara Iraq, mencetuskan pertikaian luar biasa antara sekutu jiran itu pada Selasa, dengan Baghdad memanggil balik dutanya sebagai protes...





