Seorang guru prasekolah PCF Sparkletots di utara Singapura sedang disiasat kerana didakwa menolak seorang budak lelaki berusia setahun yang cuba memanjat jeriji tingkap, menyebabkan kanak-kanak itu terjatuh.
Guru itu dikatakan cuba menghalang kanak-kanak tersebut daripada memanjat jeriji tingkap dengan menggunakan “kaedah tidak sesuai”, kata jurucakap Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) pada 16 Januari.





