JEDDAH: Syarikat Penerbangan Saudi Arabian Airlines (Saudia) telah mendedahkan rancangan untuk mengendalikan teksi udara bagi membawa jemaah haji antara Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah dan hotel di Makkah.
Menurut Pengarah Komunikasi dan Korporat Kumpulan Saudia, Encik Abdullah Al-Shahrani, syarikat itu sedang bersiap sedia untuk menggunakan teksi udara sebagai mod pengangkutan baru semasa musim haji.





