KUALA LUMPUR: Sabah menjadi negeri terbaru ditimpa banjir di Malaysia dengan jumlah mangsa banjir di negeri berkenaan dilaporkan kian meningkat sejak 14 Januari, menurut perangkaan daripada Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).
Jumlah mangsa di negeri tersebut, sehingga 12 tengah hari 15 Januari, melibatkan seramai 257 orang daripada 82 keluarga yang berlindung di empat Pusat Perlindungan Sementara...





