Pasport Singapura bukan lagi satu-satunya yang paling berkuasa di dunia. Ia berkongsi kedudukan itu pada 2024 dengan lima negara lain, menurut senarai terkini Indeks Pasport Henley pada 10 Januari.
Pasport Singapura, Perancis, Jerman, Italy, Jepun dan Sepanyol kini boleh digunakan untuk ke 194 daripada 227 destinasi pelancongan tanpa visa.





